.post img:hover { -o-transition: all 0.3s; -moz-transition: all 0.3s; -webkit-transition: all 0.3s; -moz-transform: scale(1.3); -o-transform: scale(1.3); -webkit-transform: scale(1.3); }

Sunday, 5 February 2012

Fikiran Negatif Perlukan Fokus, Fikiran Positif Juga Perlukan Fokus

Fikiran-fikiran negatif memerlukan konsentrasi dan fokus Anda untuk ia memberi kesan dalam hidup Anda. Tak ada fokus, tak ada kesan.
No cause, no effect!
Setiap kali Anda perasan yang Anda sedang berfikiran negatif, beranggapan buruk, berfikiran buruk, bersangka buruk atau simply bertanggapan buruk, jangan fikirkan. Elak untuk fikirkan. Jangan beri perhatian kepadanya
Pilihlah untuk fikir yang baik-baik saja.
Anggap yang baik-baik dan fokuskan kepada yang baik-baik.
Lakukan ini selalu.
Bila dah kerap buat, lama-kelamaan Anda akan perasan situasi di sekeliling Anda berubah jadi semakin baik. Suasana persekitaran Anda terubah jadi bertambah-tambah baik.
Feel dalaman mempengaruhi situasi luaran. Emosi Anda mempengaruhi situasi Anda.
Apa yang berlaku di dalam akan mempengaruhi apa yang berlaku di luar.
Anda akan perasan hubungan Anda dengan orang-orang disekeliling jadi baik, Anda rasa gembira, rasa bersemangat, kesannya Anda rasa berinspirasi. Dengan syarat, tumpukan sepenuhnya pada fikiran-fikiran baik.
Anda bahagia! Dari sinilah timbul motivasi berkekalan.

No comments:

Post a Comment